who's on line is personal blog that being write for fun. Got humor, real live, and what i like to write.

Monday, February 22, 2010

Main dengan kawan

Main dengan kawan cikaro adalah tajuk perbualan aku dan sahabat-sahabatku malam ini. Bukan ape gejala ni macam dah menjadi perkara biasa, dalam akhbar pon banyak cerita yang mengisarkan tentang main bohsia. Malam ni melepak-lepak dengan sahabat-sahabatku di sebuah warung yang terletak di kawasan taman maluri. Telah menjadi kebiasaan aku bersama sahabat-sahabat ku untuk releks-releks di kedai minum mak jah selepas pulang dari kerja. Selepas melepak selama beberapa jam keadaan mula bingit dengan pekekkan moto2 berkuasa rendah disekitar jalan taman tersebut. Baru ku sedar malam ini malam minggu.
Sekumpulan mat rempit melakukan aksi-aksi yang mampu mengoyangkan hati mereka yang melihat. Tidak lama selepas itu aku merasakan darah di badanku mulai mendidih disebabkan pekekan-pekekan moto mereka yang seolah-olah mencabar kelelakian ku. Seolah-olah ingin bermain dengan ku. Dalam separuh sedar aku bangun mencapai kunci moto ku dan mengorak langkah ke arah moto ku. Lalu aku buka baju tebal ku dan aku simpan kedalam ruang di tempat duduk motor ku. Niat untuk menyahut pekikan moto-moto mat rempit itu terpaksa kubatalkan kerana aku hanya memiliki sebiji moto skuter 100cc. Aku berpatah balik ke tempat duduk ku. Dan meneguk minuman kegemaranku, air cekelat strawberry. Ahhhh Sedappp...Selang beberapa minit datang sekumpulan perempuan yang berpakaian agak lucah ish, ish, teruk betul gayanye. berskirt pendek paras peha, dan bertube dibadan..macam bohsia gayanye..mat rempit yang tadinye beraksi menjamu tetamu yng minum-minum mula mengorak langkah ke kedai mak jah sambil menjuih-juih bohsia-bohsia itu. seumpama cencorot pon ade. konon ingin memancing untuk Main dengan bohsia tersebut.
Salah seorang dari mereka pergi ke meja perempuan tersebut. sambil membawa helmet arc dgn gaya lelaki sasa. dia mengambil kerusi dan duduk tetapi malangnya, kerusi itu tidak cukup kakinya. Dia terjelopok jatuh, ibarat jatuh di timpa tangga meja yang menjadi lapik juga menghempapnye. Tetapi dia pura-pura bagun seperti tiada apa yang berlaku. Pantas sungguh pergerakkannya. Selepas bingkas bangun dia berterus terang dengan bohsia-bohsia itu untuk main bersama mereka. Kerana yakin dengan kesungguhan mat rempit tersebut bohsia itu bersetuju tetapi...
Lalu bohsia itu tunduk dan mengutip beberapa biji batu. Lantas bertempiaran lari la mat rempit-mat rempit tadi. Para bohsia terpinga-pinga melihat mat rempit itu lari dan mereka menuju kearah aku dan sahabat-sahabatku. Lantas bertanya mahu atau tidak kamiMain dengan mereka? lantas sahabat ku menjawab mahu. batu tadi dikeluarkan lalu kami bermain bersama-sama. dan kami tewas di tangan bohsia straight 5 game. Baru la aku sedar susah jugak main batu seremban nie..Haha..Dapat main dengan kawan baru..

Nak belajar main batu seremban? sila la klik.. belajar

0 comments:

Post a Comment

all about home home repair service cleaning | huggable hangers |wall hung toilet |toilet cistern |curcuit |barbie sets doll |elegant shoes|baby clothes | job part time and full time jobswho's on line?